CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Thank you for stopping by....come back soon!!!


KOD SHOUTBOX DISINI

Tuesday 8 November 2011

Monday 7 November 2011

Jangan menilai orang dari mulut semata-mata!!!!

Assalammualaikum...

Wahhhh!!!!lama nyer tak update blog...dah bersawang dh blog aku ni....aku ni bukan nyer rajin sangat nak mengadap benda alah ni....tak pasal-pasal lak nanti aku post yang emo2 lak kan...ade lak yang akan terasa nanti...biasa la kan...aku kan mulut jahat...die orang jer yang baik kan...tak penah wat salah pun kan..kan...tau tak memang bahaya mulut jahat ni...biler kite bercakap tentang sesuatu yang kita tak tahu kesahihannya. Mendengar hanya dari sebelah pihak sahaja yang kononnya baik sangat kan...biler dah dengar dari sebelah pihak jer makne nyer boleh jadi finah lah wei...Bila dah timbul fitnah...akan timbul rasa curiga dan berprasangka buruk seterusnya mula lah nak menilai seseorang hanya disebabkan kata-kata atau gambaran negatif dari mulut si jahat...kalau kita nak menilai seseorang..jangan hanya berdasarkan gambaran negatif dari mulut si jahat...pernah tak bayangkan cmne orang lain menilai kita?????????????







Monday 10 October 2011

maafkan aku~~

Aku mungkin bukan yg terbaik utk jd yg terbaik dalam hidup mu.....aku mintak maaf seandainya aku dh menyakiti hatimu....setiap yg berlaku mungkin ada hikmah yg kita x tahu apa yang tersirat....aku dh cuba untuk menyelami isi hatimu...belajar utk mencintaimu...belajar untuk menyayangi wlpn bkn sepenuh hatiku tapi cukup sekadar namamu singgah di hati aku....semakin aku mencuba semakin jauh aku rasakan untuk meletakkan dirimu ke dalam hatiku...aku pun tidak tahu kenapa, sebab sekarang ni aku masih mencari jawapan di setiap apa yang berlaku....tapi jawapan untuk segala persoalan ini seperti debu berterbangan di tiup angin....
Aku tahu kau amat menyayangi ku sepenuh hati mu...kau sanggup berkorban apa saja untuk membuatkan aku bahgia...aku tahu hakikat itu sehingga aku rasa tidak ada orang lain di dunia ini seperti kau...aku mengaku kau memang tiada ganti...kau terlalu baik untuk orang yang x baik seperti aku....aku mintak maaf sebab aku x dapat untuk jadi seperti yang kau mahu....untuk pengetahuan kau aku dah serik untuk ada komitmen dengan sapa2....memang x semua lelaki sama tapi aku perlukan sedikit ruang untuk rasa hidup bebas...aku nak berkawan dengan sapa saja yang aku suka....aku nak kuar dgn kwn2 aku tanpa perlu rasa bersalah....aku ada hak ka atas diri aku...life aku....aku rimas dengan kongkongan....aku rimas bila semua yang aku buat aku perlu bagitau....aku nak kawan dgn sapa2 pun nk ko nak kena tau....sejahat-jahat aku...aku tau lagi nak jaga pergaulan aku...aku tau lagi batas2 seorang kawan....aku tau aku dah banyak mempergunakan kau....aku nk mintak maaf seandainya aku tak mampu untuk memenuhi apa yang kau nak....
Aku bukan nya xde prsn tapi semua ini adalah jodoh...mungkin dh di takdirkan kita bukan untuk bersama...cukuplah secebis kenangan yang kita cipta bersama walaupun dalam masa yang singkat...aku buat semua ni sbb aku ada sebab tersendiri yang x perlu aku jelaskan di sini....apa yang aku buat adalah yang terbaik untuk kau...lelaki seperti kau layak dapat wanita yang baik....yang mampu jadi apa yang kau nak....aku memang banyak kekurangan....cinta memang x dapat di paksa kn???dan jangan kau letak harapan yang tinggi untuk aku...memang kau akan kecewa sebab bila harapan itu hancur berkecai....hati kau turut berkecai....semua ini adalah salah aku....aku x mampu untuk membahagiakan kau....apa yang aku mampu adalah minta maaf banyak2 di atas segala kesilapan aku....kalau nk terus kan jugak perhubungan ini memang x boleh sebab percintaan itu memerlukan keikhlasan dari hati kita sendiri...jika semua itu x hadir....kita x akan rasa apa nikmatnya sebuah cinta....

Sunday 9 October 2011

Mencintai tak seharusnya memiliki

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaanmu. ..
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali... ...

Suka vs Cinta

Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...

Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga. ..
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata. ..
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Tetapi, hakikatnya
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi

Kasih sayang-Mu Tuhan,
Itu yg kudambakan.. .
Dgn rahmat-Mu,
Ampunilah dosaku...

JgNLaH DiHaRaPKaN pD MaNuSia KrN MeReKa HaNYaLaH HaMBa-NYA... 
MaHa SuCi ALLaH SeGaLa PuJi2aN aDaLaH MiLiK-NYA... 
CiNTa SeJaTi, HaRaPaN TeRPaTRi, aBaDi BeRSeMI...

Wednesday 7 September 2011

Sunday 14 August 2011

Menilai makna tersirat di sebalik tingkah laku LELAKI!!!


 LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.

Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki sedemikian.

Justeru, wanita perlu mengetahui rahsia lelaki supaya mereka tidak mudah tergoda dan tunduk kepada lelaki terutama yang digelar ‘hidung belang’.

Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.

Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.

Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.


Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, tandanya dia merasa bersalah kerana membuat anda marah. Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata ‘air mata’ untuk menewaskan lelaki.
 
Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya, tandanya anda adalah satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling lemah apabila wanita manja dan lemah lembut dengannya.

Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, ada dua kemungkinan sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy. Lelaki yang mempunyai cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di samping wanita yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.

Andai lelaki menangis di hadapan anda, tandanya dia amat sayangkan anda kerana dasar lelaki memang sukar menangis kerana air mata bagi lelaki ibarat permata. Jika menangis, memang dia cintakan anda.

Andai lelaki suka melanggar peraturan yang anda buat, tandanya dia tidak gemar dengan apa yang anda lakukan. Lelaki tahu apa yang salah dan benar tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang, semakin dilanggarnya.

Jika lelaki cemburu, ada empat kemungkinan:
- Dia sayang dan takut kehilangan anda
- Dia mahu menguasai anda
- Dia tidak mahu ada pesaingan
- Dia mungkin mempunyai trauma dan tidak pernah menceritakan kepada anda.

Jika lelaki diam membisu, tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap, dia belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih baik anda jangan terus berleter, buruk akibatnya.

Jika lelaki bercerita masa lampau yang buruk, tandanya dia memberitahu supaya anda tidak melakukan perkara yang sama.

Andai lelaki merenung mata anda tanpa berkelip, dia sebenarnya sedang mencari jawapan, apakah anda benar cinta dan sayangnya. Kebanyakan lelaki tidak merasa selamat dalam hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau pengaruh persekitaran.

Kesimpulannya, wanita lebih tabah dan bersemangat berbanding lelaki yang hanya kelihatan kuat pada fizikal tetapi lembut di dalamnya. Itulah rahsia dalaman lelaki, mudah-mudahan menjadi pedoman kepada wanita ketika berhadapan dengan manusia bernama lelaki.hihihihi

Uniknya wanita!!!!

Buat LELAKI...baca ni...jgn tak tau psl wanita...mrk ckp unik tau...tmasuk sylah..hehehe

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4.Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15.Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.